Sms ketahuilah bahawa ia wajib dan penting untuk menjadikan kita seorang insan yang dilahirkan di bumi ini taat dan tunduk patut kepada Yang Maha Kuasa.Sesungguhnya setiap orang Islam itu perlu sentiasa saling nasihat-menasihati kerana ia memupuk persaudaraan kepada kita semua.Pentingnya bahawa kita perlu sentiasa bersama-sama dengan sms ini walaubagaimana cara sekalipun keadaan kita.Nescaya dengan sms yang sentiasa dalam ingat dapat menjadikan kita seorang Muslim yang taat dan patuh pada perintahNya.Apakah itu sms?Adakah ini sms singkatan yang digunakan untuk menghantar pesanan ringkas.Ohh.bukan sms itu yang ingin kita bicarakan,sedangkan sms ini tidak memerlukan kredit untuk melakukannya bahkan anda yang melakukannya sesungguhnya kredit yang akan masuk kepada anda iaitu kredit pahala dan kunci syurga.Solatku,Mengajiku dan Selawatku(SMS).
(S) SOLAT
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa solat fardu lima waktu merupakan benteng paling ampuh bagi kita sebagai Muslim untuk menyekat dan menghalang diri daripada melakukan maksiat.Hakikat ini telah diakui oleh Allah dalam firman-Nya:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku,maka dicatatkan sepuluh kebaikkan."
(S) SOLAT
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa solat fardu lima waktu merupakan benteng paling ampuh bagi kita sebagai Muslim untuk menyekat dan menghalang diri daripada melakukan maksiat.Hakikat ini telah diakui oleh Allah dalam firman-Nya:
إِنَّ الصَّلوٰةَ تَنهىٰ عَنِ الفَحشاءِ وَالمُنكَرِ ۗ
Maksudnya:Sesungguhnya solat dapat menghalang orang yang menunaikannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
(Surah al-Ankabut 29:45)
Allah Taala berfirman:
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
Maksudnya:Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang wajib atas orang-orang yang beriman,yang tertentu waktunya.
(Surah An Nisaa':103)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat yang berikutnya adalah sebagai penebus dosa antara jarak waktu masing-masing"
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Solat itu juga adalah tiang agama.Sesungguhnya amalan yang paling utama disoal adalah solatmu.Banyak lagi Allah telah berfirman dalam Al-Quran mengenai solat yang wajib dan perlu kita mengambil iktibar supaya solat kita sentiasa diterima oleh Allah S.W.T.Allah telah menciptakan manusia itu sebagai hamba untuk beribadah kepadaNya.Oleh yang demikian,sebagai seorang insan yang Muslim jadikan solat itu sebagai pendinding dalam menjauhi segala maksiat.Sempurnakah solatku seharian???
(M)Membaca Al-Quran
Allah Taala telah mengurniakan nikmat kepada hamba-hambaNya dengan mengutuskan nabiNya dan menurunkan kitabNya yang tidak terdapat didalamnya sebrang kebatilan,baik dari dahulu mahupun sekarang.Al-Quran juga sebagai pemisah antara yang halal dan haram.Fungsinya sebagai petunjuk dan hidayah dengan berpegang teguh kepadanya terselamatlah manusia dari tipu daya.
Allah telah berfirman:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
|
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran,dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
(Surah Al-Hijr:9)
Demikian pula sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Sebaik-baik diantara kamu ialah orang yang membaca Al-Quran dan mengajarkannya".
Ketahuilah dengan kamu membaca Al-Quran itu memperoleh ketenangan jiwa. Berapa kalikah kita menbaca Al-Quran seharian.???
(S)Selawat
Selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Sesungguhnya dengan kamu berselawat banyat manfaat dan kebaikan akan kamu perolehi.
Allah Taala berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat(memberi segala perhormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w):Wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan perhormatan yang sepenuhnya"
(Surah Al-Ahzaab:56)
"Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku,maka dicatatkan sepuluh kebaikkan."
Jadikanlah solatmu,membaca Al-Quran,dan selawat (SMS) sebagai ibadah yang utama dalam menjalani kehidupan seharian.Yakinlah setiap ibadah yang dilakukan pasti mendapat kunci syurga.Insyaallah sama-sama kita bermuhasabah.Berselawatlah kita mudah-mudahan dipermudahkannya.