CINTA

APA KATA CINTA

Semua sudah memahami apa itu cinta bahkan zaman kini cinta sangat berbuih di mulut masyarakat terutamannya remaja.Apa itu cinta?Cinta merupakan satu ukuran asas manusia dalam memberi perasaan kasih sayang,tarikan,asas kemesraan dan keserasian antara pesorangan,rela berkorban untuk orang lain,perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menetukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri.

Hakikat sebenarnya naluri cinta ini telah dianugerahkan kepada kita semua bahkan setiap manusia itu akan mengalaminya.Adakah anda sedang bercinta?CIntakah sangat anda kepada orang yang dicintai itu?Bagaimanakah anda nak buktikan cinta anda itu?Sesuaikah cinta anda itu?Cinta itu buta?Cinta monyet?Banyak lagi persoalan yang timbul tentang persoalan cinta ini yang mugkin patut kita kupaskan bersama-sama.

Paparan Akhbar,Media Sosial,Facebook,Twiter dan pelbagai lagi menunjukkan bahawa hari semakin hari masalah tentang cinta menjadi buih masyarakat terutamanya remaja.Hal ini dibuktikan dengan pelbagai gejala negatif hari semakin hari menigkat disebabkan masalah cinta.Hal ini sangat menarik untuk dibincangkan bukan untuk mencari salah,tapi untuk kita bermuhasabah agar masalah ini sedikit sebanyak dapat memberi iktibar dan pengajaran kepada kita semua.

Cintailah diri kita sebelum kita mencintai orang lain,kerana cinta anugerah indah tidak terhingga.

0 comments:

Post a Comment