Hari ini saya nak kongsikan tentang cinta.Siapakah saya untuk bercakap tentang cinta?Hebatkah sangat saya dalam bercinta?Saya buka doktor cinta,bukan juga hebat dalam bercinta,buka juga ingin mencari salah sesiapa,tetapi untuk kita bermusahasabah tentang menilai sebuah cinta.Ini hakikat yang perlu di terima oleh masyarakat bahawasanya cinta tidak terlepas dari golongan remaja.Fenomena cinta remaja menjadi buah mulut masyarakat dari dulu sehingga sekarang malah makin menjadi-jadi.Salahkah jika wujudnya cinta.
Cinta itu anugerah dari yang Maha Pencipta.Cinta itu suci dan lahir dari fitrah manusia.Cinta juga dikatakan berkasih-sayang,mesra dan bahagia.Ini dituntut dalam Islam supaya kita wujudnya cinta dalam diri bukan untuk cinta kepada manusia sahaja tetapi cinta kepada semua maklukNya.Bagaimana wujudnya cinta?Cinta itu adalah makluk yang tidak bernyawa, tiada rupa dan fizikal tetapi dapat dirasa dalam jiwa.
Cinta itu indah,cinta juga suci tetapi disebabkan hawa nafsu cinta dicemari dan disalah erti.Cinta ini dicemari dengan sikap manusia yang rakus,gelojoh,tidak sabar dek kerana terpengaruh oleh rakan-rakan mahupun nafsu setiap insan.Cintailah Yang Maha Pencipta sebelum kita mencintai yang diciptakanNya kerana cinta mutiara berharga tanpa cinta hidup tidak bermakna.
Thursday, 7 November 2013
Secebis CINTA
20:00
No comments
Zaman remaja zaman penuh pancaroba.Tatkala zaman ini perubahan fizikal,emosi dan seksual di peringkat ini antara pendorong kepada mereka menerokai demensi baru iaitu alam mereka.Cinta remaja mempersoalkan tentang hubungan dan pergaulan antara remaja lelaki dan perempuan tanpa batas pergaulan,berdua-dua dek kerana nafsu yang mempengaruhi insan yang bernama remaja.Nafsu satu senjata utama kenapa remaja terjebak dengan masalah bercinta.
Perasaan kesunyian dan kesepian yang dialami menyebabkan mereka memerlukan seseorang teman untuk mengadu dan bergantung terutamanya kepada yang berada di asrama.Sehinggalah segolongan remaja menyatakan tanpa cinta remaja kehidupan seorang remaja tiada maknanya.Ini anggapan yang negatif dalam fikiran setiap remaja yang berpendapat sedemikian.Sesungguhnya dalam kehidupan remaja itu sesuatu kehidupan yang sangat menarik dan seronok kerana zaman inilah pengalaman,kehidupan dan perubahan baru yang mengajar erti kehidupan menjadikan zaman ini sentiasa dalam ingatan dan kerinduan.Nescaya jika kita bertanya kepada yang telah melepasi zaman ini sudah tentu meraka ingin merasai kembali zaman remaja mereka.
Saya merupakan salah seorang pelajar dari sekolah yang berada di Machang,Kelantan.Kehidupan zaman remaja bermulanya di daerah yang penuh bermakna bagi saya.Di mana bermulanya saya memcari sahabat baru dalam meneruskan kehidupan remaja.Memang tidak dinafikan sesunggguhnya zaman remaja saya penuh dengan cabaran dan rintangan.Dengan sahabat-sahabat yang merokok,bercinta,begis,pergaulan negatif dan pelbagai lagi yang mungkin memberi impak kepada sesiapa sahaja jika mereka mempunyai sahabat seperti ini.Akan tetapi cabaran dan pergaulan ini perlu diselari kerana ia menjadi titik permulaan dalam menghadapi zaman remaja terutamanya dalam bercinta.Jika ditanya tentang zaman remaja kepada yang telah mengalaminya sudah tentu nak diceritakan terlalu panjang dan sangat seronok untuk diceritakan.Ini hakikat yang perlu diterima oleh remaja-remaja sekarang agar kamu membina jadi diri kamu,menfaatkan zaman remaja kamu yang memberi impak yang positif kepada kehidupan selepas zaman remaja.
Sebagai contoh binalah zaman remaja kamu dengan usrah.Tidak tahu usrah itu apa?Masuk ke tajuk usrah yang saya sediakan.Sesungguhnya dengan usrah juga mewujudkan kita satu cinta,bahagia dan kasih sayang yang tidak terhingga dalam mengenali sahabat kita.Manfaatkan cinta remajamu dengan sebaik mungkin dengan berusrah kerana usrah bukan sahaja membina cinta dan kasih sayang tapi membina jati diri untuk kita semua.Cinta usrah merupakan cinta yang paling bermakna dalam kehidupan remaja.Binalah cinta yang hakiki dalam diri kamu cintai lah Yang Maha Pencipta sebelum kamu mencintai yang diciptaNya kerana anugerah cintaNya memberi bahagia buat selama-lamanya.Jadilah zaman cinta remaja kamu kearah yang betul dan positif agar kamu lebih memahami erti kehidupan remaja.Remaja itu permata negara.Salam cinta buat semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment