Assalamualikum,terima kasih kepada yang sudi memziarahi blog ini.Pada masi ini saya nak kogsikan tentang perniagaan.Satu sumber rezeki utama kepada kehidupan harian seseorang insan.Sesungguhnya 9/10 rezeki yang dikurniakan oleh Allah adalah dengan berniaga.Memang tidak dinafikan sehingga kini sudah ramai yang menceburi bidang perniagaan samaada perniagaan secara online mahupun offline.Ketahuilah Allah telah menyediakan rezeki-rezeki buat kamu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.
Sudah tentu buat sesiapa sahaja yang menceburi bidang perniagaan matlamat utamanya adlah memperoleh keuntungan yang maksimum.Pembentukan dan perancangan strategi pemasaran yang berkesan memainkan peranan penting dalam memaksimumkan keuntungan.Tanpa kita sedari bahawa dalam kita berniaga satu keuntungan yang dapat memberi impak yang besar dalam diri kita termasuklah perniagaan yang dijalankan.Sesungguhnya perniagaan itu juga satu ibadah.Alangkah rugi rasanya jika para perniaga kehilangan keuntungan perniagaan yang telah mereka usahakan tanpa mereka sedari bahawa keuntungannya terlalu tinggi di sisi Allah.
Sesungguhnya solatku,ibadahku hidup dan matiku hanyalah semata-mata kerana Allah.Berjual belilah benda yang halal,disamping menjauhi riba.Janganlah disebabkan perniagaan dan kerjaya seseorang itu menyebabkan hati kita lalai sehingga ia terpedaya dengan kemewahan dunia dan melalaikan akhirat.Kehidupan di akhirat itulah yang berkekalan.Jadi untuk menjadi seorang perniagaan carilah keuntungan di dunia dan akhirat.Jazaakallaahu khairul jazaa......
Friday, 25 April 2014
Labakah Perniagaanku!!!
09:09
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment