MOTIVASI

11 COOL RAHSIA CEMERLANG



Cemerlang merupakan satu perkataan yang di inginkan setiap manusia.Jika bertanya adakah anda ingin cemerlang?Sudah tentu semua ingin cemerlang.Sejak lahir lagi setiap manusia sudah cemerlang.Hal ini di buktikan dengan kewujudan kita sekarang kerana berjuta-juta sperma yang ada pada ibu kita akan tetapi dengan usaha gigih kita maka akhirnya kita berjaya.Kenapa ada pelajar lebih berjaya berbanding pelajar lain?Bagaimanakah mereka mengatur jadual harian?Apakah rahsia untuk menjadi pelajar cemerlang?Semua ini sering bermain dalam fikiran kita kenapa mereka boleh berjaya.Marilah sama-sama kita lihat bagaimana orang berjaya dan orang gagal.

SASARAN DAN MATLAMAT
Mereka yang berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas.Mereka mengetahui apa tujuan yang ingin mereka capai.Mereka tahu apa yang diinginkan oleh mereka.Mereka meletakkan sasaran dan matlamat tersebut sebagai cita-cita untuk memperolehinya.Oleh yang demikian bagaimana orang yang telah meletakkan sasaran dan matlamat kenapa masih belum berjaya?Baca tips berikutnya:

PERANCANGAN
Mereka berjaya mempunyai perancangan yang teratur dan mengatahui bagaimana manfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.Mereka tahu untuk meghargai masa disamping pelaksanaan jadual yang berkesan dalam menghadapi segala urusan harian.Perancangan yang sempurna dalam menguruskannya dapat membantu kita mencapai sasaran dan matlamat yang diinginkan.Seterusnya.....

MASA
Pernahkah anda mendengar masa itu berharga?Adakah memang masa itu ada nilainya.Secara ringkas cerita untuk memahami anda.Contohlah terdapat dua buah pasaraya di kawasan perumahan yang padat yang saya berikan nama pasaraya A dan pasaraya B.Pejabat majlis pebandaran membenarkan pasaraya tersebut membuka jualan selama 2 jam.Pengurus pasayara A membuka jualan selama 2 jam manakala pengurus pasaraya B membuka jualan selama 1 jam disebabkan jam yang kedua beliau ingin berehat.Oleh yang demikian dalam pemikiran anda pasaraya yang mana lebih menguntungkan?Anda boleh tentukan sendiri.Tapi di sini bukan ini yang saya ingin sampaikan cerita diatas tiada kaitan dalam kehidupan.Yang ingin saya katakan ialah mereka yang cemerlang tidak membiarkan masanya berlalu begitu sahaja.Mereka mempunyai perancangan jadual yang digunakan dalam merancangkan sesuatu yang ingin dilakukan.Jadual harian perlu diwujudakan bagi membahagikan masa seperti riadah,belajar,ulangkaji pelajaran,bekerja,tidur,waktu makan,mandi dan sebagainya perlu diambil kira.Dengan pengurusan masa yang baik anda akan memperoleh hasil yang baik.Nak tahu lagi ke????

TAKTIK DAN STRATEGI
Mereka berjaya mempunyai strategi dan taktik yang berkesan serta teknik yang mantap.Sebagai contoh sesebuah organisasi yang ingin memantapkan jualannya perlu membuat satu teknik dimana teknik yang dilaksanakan dapat dilakukan melalui secara berkumpulan,mahupun perbincangan.Dengan adanya perbincangan dan berkumpulan dapat menerima pendapat dan idea dari orang lain.Sebagai seorang pelajar mengamalkan pelbagai teknik pembelajaran perlu agar suasa pembelajaran tidak terlalu membosankan seperti menyediakan nota ringkas,teknik mengigat secara peta minda dan sebagainya.Mereka yang inginkan kecemerlangan usaha mestilah lebih.

AGAMA NO 1
Bagi mereka yang beragama Islam setiap kerja buat kita adalah ibadah.Tidak kita apa sahaja urusan kita baik belajar,berkerja,berniaga dan sebagainya adalah yang utama niat sebagai satu ibadah.Bagi seorang pelajar keberkatan ibubapa dan guru perlu bagi memudahkan ilmu dapat dihafal dan mudah difahami.Tidak lupa juga ibadah harian perlu dilaksanakan secara istiqomah dan tepat pada waktu agar diri kita sentiasa berada dalam keredhaanNya.

SANGGUP BERKORBAN
Setiap dari kita sukakan keseronakan dan hiburan.Mereka yang berjaya tidak dilupakan juga akan tetapi bagaimana seorang yang berjaya dapat mengawal perasaannya dari berhibur dan berseronok secara melampau sehingga menjejaskan kerja buat kita.Mereka sanggup berkoban demi mencapai satu impian yang dapat beri keseronakan dalam jangka masa yang pangjang.Hakikatnya anda di zaman remaja ingatlah pesanan ini sebenarnya tidak salah untuk berhibur akan tetapi jangan terabaikan pelajaran kerana ia menikam masa depan yang akan kamu perolehi.

JANGAN PUTUS ASA
Ini sering bermain di fikiran anda semua termasuk saya juga.Kita dah belajar betul-betul,rancang jadual dan sebagainya akan tetapi kenapa kita masih belum berjaya.Hakikatnya hidup ini kita sudah rancang akan tetapi Allah juga telah merangcang,walhal sesungguhnya perancangan Allah itu lebih sempuna.Bagi kita jadikan ia sebagai titik permulaan dalam kejayaan,jangan putus asa untuk berjaya.Terutama sekali pelajar yang jumpa guru jika tidak memahami subjek yang diajar jadikan guru sebagai keluarga sendiri.Jadikan hubungan baik kita sesama guru.

KOSISTEN
Mereka yang berjaya adalah bukannya rajin dan berusaha pada hari ini akan tetapi mereka yang berjaya mereka yang berjaya sentiasa rajin dan berusah.Jangan tabiatkan sifat rajin pada hari ini akan tetapi esok tidak menjadi.Jadikan hari esok itu lebih baik dari hari ini.Kejayaan akan dapat jika kita berusaha.Man Jadda Wa Jadda.

KOMUNIKASI
Pergaulan merupakan satu aspek penting dalam kehidupan.Setiap manusia mempunyai kawan,kerana kawan juga tempat untuk kita menyelesaikan masalah.Akan tetapi dalam mempunyai sahabat perlulah memilih agar kita tidak terjebak dalam pengaruh negatif.Seorang kawan yang baik itu adalah sentiasa memberi sokongan dalam menghadapi segala cabaran.Dalam pembelajaran juga memerlukan seorang kawan agar kita dapat bertukar pendapat mahupun melakukan study group.Jadi kawan juga memainkan peranan dalam menentukan kecemerlangan.

KEYAKINAN
Mereka yang berjaya adalah mereka yang yakin dan percaya akan kebolehan yang dimiliki.Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka untuk melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban demi berjaya.Dengan adanya keyakinan semangat untuk mendapatkan kecemerlangan akan lahir dalam diri untuk terus berusaha.

BERDISIPLIN
Berdisiplin merupakan cool yang terakhir rahsia kejayaan yang ingin dan perlu ada pada diri seseorang.Orang yang berdisiplin adalah orang yang teratur dalam kerja buat mereka.Berdisiplin memainkan pelbagai aspek samada disiplin dalam permakaian,pembelajaran,pemakanan dan sebagainya.Semua ini perlu kita sedari bahawa disiplin adalah tunggak kejayaan.Orang yang berdisiplin adalah orang yang menghargai dirinya dan orang lain.Maka dengan disiplin juga wujudnya satu keperibadian dalam menilai seseorang itu samada dalam segi fizikal ataupun mental.

Akhir kata jadilah seorang yang inginkan perubahan biarpun perubahan itu sedikit akan tetapi kita mempunyai perubahan.Kerana perubahan sedikit demi sedikit itulah membuatkan kita istiqomah melakukannya.









0 comments:

Post a Comment