Oleh yang demikian,ruangkan sedikit masa untuk kita menghayati dan memahami bacaan di antara dua sujud yang mana sedikit sebanyak mudah-mudahan dapat sedikit ilmu apa yang saya kongsikan.
Robbighfirlii warhamnii wajburnii warfa'nii warzuqnii wahdinii wa'afinii wa'fu 'anii
Robbighfirlii ( Tuhanku ampunilah bagiku )
Allah itu Maha Pengampun.Jika doa bacaan ini dibaca dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas insya Allah Allah akan mengampunkan dosa kita yang lalu dan sentiasa dalam pengampunan Allah.Hati yang sentiasa berdoa memohon keampunan Allah akan bersinar dan mudah mendapat dan menerima hidayah serta petunjuk Allah.Manakala hati yang kotor adalah hati yang sentiasa dalam dosa tanpa memohon keampunan Allah.Kita adalah insan biasa yang sentiasa melakukan dosa kepada Allah tetapi hakikat yang perlu kita ketahui bahawa Allah itu Maha Pengampun kepada hambaNya.Hati yang kotor lebih cenderung mengikut bisikan syaitan yang membawa kepada hawa nafsu.
Warhamnii ( Rahmatilah aku )
Sekiranyanya kita membacanya dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh insya Allah akan dibukakan Allah baginya pintu rahmat dari langit dan bumi.Ia akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah dari sengenap penjuru dan dilindungi darinya segala kesulitan.Mudah-mudahan hidupnya bahagia dan dilindungi Allah segala bencana dan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
Wajburnii (Tutupi segala aib dan keburukanku )
Orang yang membaca doa bacaan ini dengan khusyuk dan menghayatinya insya Allah akan ditutup Allah baginya segala aib,keburukan dan kekurangan dirinya.Hakikat yang perlu diketahui bahawa diri kita mempunyai banyak keburukan dan kelemahan yang ada dan kita takut jika aib dan kelemahan kita diketahui oleh orang lain.Insya Allah dengan kita berdoa pada Allah,Allah akan melindungi aib kita.
Warfa'ni ( Angkatlah derajatku )
Orang yang sentiasa memahami dan bersungguh-sungguh membacanya akan diangkat darjatnya insya Allah.
Warzukni ( Berilah aku rezeki )
Rezeki itu milik Allah.Allah akan melimpahkan rezekiNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Sekiranya kita membaca dengan khusyuk nescaya tidak terlepas untuk kita memperoleh rezeki dariNya insya Allah.Sesungguhnya rezeki yang ada dari langit,bumi dan segenap penjuru itu milik Allah dan sebagai manusia adalah perlu kita berusaha mencarinya.Mudah-mudahan dengan kita menghayatinya Allah permudahkan untuk kita memperoleh rezekiNya.
Wahdini ( Berikan aku petunjuk )
Hidayah dan petunjuk adalah datangnya dari Allah.Sekiranya kita membacanya dengan memahami dan ikhlas dalam segala urusan insya Allah dipermudahkan olehnya urusan dunia dan setiap masalah yang dihadapinya dapat ditangani dengan baik.Sebagai manusia kita jangan putus asa dalam menghadapi pelbagai masalah.
Wa'afini ( Berikan aku kesihatan )
Nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah adalah sihat.Sekirangya kita sakit segala kerja buat dalam seharian kita akan terjejas.Sekiranyanya kita membaca dengan menhayatiya insya Allah diberi kesihatan baginya dan dipermudahkan segala tugas sehariannya.
Wa'fu anni (Maafkan aku )
Kita adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari dosa.Oleh yang demikian,janganlah kita sombong untuk merendah diri memohon keampunan dariNya.
Jika kita membacanya dengan begitu khusyuk dan bersungguh-sungguh insya Allah pasti Allah akan mengabulkannya,apatah lagi doa bacaan ini sentiasa dibaca sebanyak 17 kali sehari semalam.Maanfaatkannya dalam diri mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentiasa redha Allah.Insya Allah..
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya abaikan begitu sahaja. Dalam kita tidak sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi).
0 comments:
Post a Comment