Bila sebut sahaja penyakit ramai yang tidak ketahui bahawa ada penyakit yang amat berbahaya jika dijangkiti penyakit ini.AWAS!!!Jika anda salah seorang yang dijangkiti.Apakah penyakit tersebut?Penyakit ini ramai yang tidak tahu bahawa terlalu bahayanya untuk diri,adakah anda salah seorangnya iaitu Penyakit Hasad Dengki atau lebih ringkasnya PHD.Kenapa bahaya penyakit ini?Jika anda mengalami penyakit deman denggi dan kanser ada tempat untuk dirujuk akan tetapi PHD tiada tempat untuk dirawat.Walaupun penyakit ini merupakan penyakit yang berbahaya,namun penyakit inilah sukar untuk dibasmi.Akan tetapi jika kita mengetahui cara untuk mengatasi nescaya penyakit ini dapat dibasmi.
Sebelum kita mengetahui cara untuk mengatasi ketahui dahulu punca dan sebab penyakit ini.Punca yang seseorang itu mengalami penyakit hasad dengki disebabkan sikap yang tidak boleh melihat orang lain lebih, mugkin juga disebabkan faktor yang tidak dapat menerima kekalahan menjadi punca utama dijangkiti PHD.Misalnya kamu sememangnya telah dikenali seorang yang bijak dan pandai.Namun kehadiran orang baru di tempat kerja kamu telah mengubah segala-galanya.Dia lebih bijak dari kamu dan mendapat pujian dari ketua.Sikit demi sedikit perasaan hasad dengki mula menguasai kamu.
Bagaimana untuk kita mengatasi masalah penyakit hasad dengki ini:
1.Berdoa
Paling utama adalah kita sentiasa berdoa kepada Allah memohon supaya penyakit ini dijauhi dan berusaha tekad untuk membuang penyakit dan jauhkan dalam diri.Sesungguhnya setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati.
2.Tanam sikap adanya kebaikan dan kelemahan
Bagi megikis penyakit hasad dengki kamu harus sentiasa berpegangan dengan satu prinsip iaitu setiap manusia itu ada kelemahan dan kebaikan.Jadikan kebaikan sebagai ukuran dan jadikan kelemahan sebagai cabaran.
3.Berkongsi suka dan duka
Setiap kali orang yang kamu dengki mendapat kejayaan sila ucapkan tahniah kepadanya dan tunjukkan perasaan gembira kamu kepadanya.Sebaliknya jika dia menghadapi kesusahan berkongsilah duka bersama-sama.Tidakkah Islam itu bersaudara.
4.Menziarahi
Cubalah berbaik-baik dengannya.Cara yang paling baik adalah menziarahinya disamping sentiasa memberi hadiah dan buah tangan.Tidakkah ini mewujudkan kasih sayang antara satu sama lain.
Ingatlah selalu janji Allah SWT, "Dan mereka yang berrnujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu." (Al Ankabut: 69)
Wednesday, 6 November 2013
AWAS!!!Hati-hati dengan PHD
06:45
No comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment