photo kesombongan_zps1d844d64.jpg

 photo jalanyanglurus_zps09385af3.jpg

 photo motivasi_zpsb4dbf9eb.png

 photo berkatabaik_zps638ccfe2.jpg

 photo 578637_561666523872987_522259280_n_zps6b6404eb.jpg

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, 9 November 2013

Bagaimanakah SMS kita?

Sms ketahuilah bahawa ia wajib dan penting untuk menjadikan kita seorang insan yang dilahirkan di bumi ini taat dan tunduk patut kepada Yang Maha Kuasa.Sesungguhnya setiap orang Islam itu perlu sentiasa saling nasihat-menasihati kerana ia memupuk persaudaraan kepada kita semua.Pentingnya bahawa kita perlu sentiasa bersama-sama dengan sms ini walaubagaimana cara sekalipun keadaan kita.Nescaya dengan sms yang sentiasa dalam ingat dapat menjadikan kita seorang Muslim yang taat dan patuh pada perintahNya.Apakah itu sms?Adakah ini sms singkatan yang digunakan untuk menghantar pesanan ringkas.Ohh.bukan sms itu yang ingin kita bicarakan,sedangkan sms ini tidak memerlukan kredit untuk melakukannya bahkan anda yang melakukannya sesungguhnya kredit yang akan masuk kepada anda iaitu kredit pahala dan kunci syurga.Solatku,Mengajiku dan Selawatku(SMS).

(S) SOLAT
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa solat fardu lima waktu merupakan benteng paling ampuh bagi kita sebagai Muslim untuk menyekat dan menghalang diri daripada melakukan maksiat.Hakikat ini telah diakui oleh Allah dalam firman-Nya:

إِنَّ الصَّلوٰةَ تَنهىٰ عَنِ الفَحشاءِ وَالمُنكَرِ ۗ
Maksudnya:Sesungguhnya solat dapat menghalang orang yang menunaikannya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
(Surah al-Ankabut 29:45)

Allah Taala berfirman:
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
Maksudnya:Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang wajib atas orang-orang yang beriman,yang tertentu waktunya.
(Surah An Nisaa':103)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat yang berikutnya adalah sebagai penebus dosa antara jarak waktu masing-masing"
(Diriwayatkan oleh Muslim)
Solat itu juga adalah tiang agama.Sesungguhnya amalan yang paling utama disoal adalah solatmu.Banyak lagi Allah telah berfirman dalam Al-Quran mengenai solat yang wajib dan perlu kita mengambil iktibar supaya solat kita sentiasa diterima oleh Allah S.W.T.Allah telah menciptakan manusia itu sebagai hamba untuk beribadah kepadaNya.Oleh yang demikian,sebagai seorang insan yang Muslim jadikan solat itu sebagai pendinding dalam menjauhi segala maksiat.Sempurnakah solatku seharian???
(M)Membaca Al-Quran
Allah Taala telah  mengurniakan nikmat kepada hamba-hambaNya dengan mengutuskan nabiNya dan menurunkan kitabNya yang tidak terdapat didalamnya sebrang kebatilan,baik dari dahulu mahupun sekarang.Al-Quran juga sebagai pemisah antara yang halal dan haram.Fungsinya sebagai petunjuk dan hidayah dengan berpegang teguh kepadanya terselamatlah manusia dari tipu daya. 
Allah telah berfirman:







إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran,dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
(Surah Al-Hijr:9)
Demikian pula sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Sebaik-baik diantara kamu ialah orang yang membaca Al-Quran dan mengajarkannya".

Ketahuilah dengan kamu membaca Al-Quran itu memperoleh ketenangan jiwa. Berapa kalikah kita menbaca Al-Quran seharian.???

(S)Selawat
Selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.Sesungguhnya dengan kamu berselawat banyat manfaat dan kebaikan akan kamu perolehi.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: 
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat(memberi segala perhormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w):Wahai orang-orang yang beriman,berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan perhormatan yang sepenuhnya"

(Surah Al-Ahzaab:56)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku,maka dicatatkan sepuluh kebaikkan."

Jadikanlah solatmu,membaca Al-Quran,dan selawat (SMS) sebagai ibadah yang utama dalam menjalani kehidupan seharian.Yakinlah setiap ibadah yang dilakukan pasti mendapat kunci syurga.Insyaallah sama-sama kita bermuhasabah.Berselawatlah kita mudah-mudahan dipermudahkannya.

Friday, 8 November 2013

 
 
 
Untukmu Teman
 

Thursday, 7 November 2013

Secebis CINTA

Hari ini saya nak kongsikan tentang cinta.Siapakah saya untuk bercakap tentang cinta?Hebatkah sangat saya dalam bercinta?Saya buka doktor cinta,bukan juga hebat dalam bercinta,buka juga ingin mencari salah sesiapa,tetapi untuk kita bermusahasabah tentang menilai sebuah cinta.Ini hakikat yang perlu di terima oleh masyarakat bahawasanya cinta tidak terlepas dari golongan remaja.Fenomena cinta remaja menjadi buah mulut masyarakat dari dulu sehingga sekarang malah makin menjadi-jadi.Salahkah jika wujudnya cinta.


Cinta itu anugerah dari yang Maha Pencipta.Cinta itu suci dan lahir dari fitrah manusia.Cinta juga dikatakan berkasih-sayang,mesra dan bahagia.Ini dituntut dalam Islam supaya kita wujudnya cinta dalam diri bukan untuk cinta kepada manusia sahaja tetapi cinta kepada semua maklukNya.Bagaimana wujudnya cinta?Cinta itu adalah makluk yang tidak bernyawa, tiada rupa dan fizikal  tetapi dapat dirasa dalam jiwa.


Cinta itu indah,cinta juga suci tetapi disebabkan hawa nafsu cinta dicemari dan disalah erti.Cinta ini dicemari dengan sikap manusia yang rakus,gelojoh,tidak sabar dek kerana terpengaruh oleh rakan-rakan mahupun nafsu setiap  insan.Cintailah Yang Maha Pencipta sebelum kita mencintai yang diciptakanNya kerana cinta mutiara berharga tanpa cinta hidup tidak bermakna.


Zaman remaja zaman penuh pancaroba.Tatkala zaman ini perubahan fizikal,emosi dan seksual di peringkat ini antara pendorong kepada mereka menerokai demensi baru iaitu alam mereka.Cinta remaja mempersoalkan tentang hubungan dan pergaulan antara remaja lelaki dan perempuan tanpa batas pergaulan,berdua-dua dek kerana nafsu yang mempengaruhi insan yang bernama remaja.Nafsu satu senjata utama kenapa remaja terjebak dengan masalah bercinta.

Perasaan kesunyian dan kesepian yang dialami menyebabkan  mereka memerlukan seseorang teman untuk mengadu dan bergantung terutamanya kepada yang berada di asrama.Sehinggalah segolongan remaja menyatakan tanpa cinta remaja kehidupan seorang remaja tiada maknanya.Ini anggapan yang negatif dalam fikiran setiap remaja yang berpendapat sedemikian.Sesungguhnya dalam kehidupan remaja itu sesuatu kehidupan yang sangat menarik dan seronok kerana zaman inilah pengalaman,kehidupan dan perubahan baru yang mengajar erti kehidupan menjadikan zaman ini sentiasa dalam ingatan dan kerinduan.Nescaya jika kita bertanya kepada yang telah melepasi zaman ini sudah tentu meraka ingin merasai kembali zaman remaja mereka.


Saya merupakan salah seorang pelajar dari sekolah yang berada di Machang,Kelantan.Kehidupan zaman remaja bermulanya di daerah yang penuh bermakna bagi saya.Di mana bermulanya saya memcari sahabat baru dalam meneruskan kehidupan remaja.Memang tidak dinafikan sesunggguhnya zaman remaja saya penuh dengan cabaran dan rintangan.Dengan sahabat-sahabat yang merokok,bercinta,begis,pergaulan negatif dan pelbagai lagi yang mungkin memberi impak kepada sesiapa sahaja jika mereka mempunyai sahabat seperti ini.Akan tetapi cabaran dan pergaulan ini perlu diselari kerana ia menjadi titik permulaan dalam menghadapi zaman remaja terutamanya dalam bercinta.Jika ditanya tentang zaman remaja kepada yang telah mengalaminya sudah tentu nak diceritakan terlalu panjang dan sangat seronok untuk diceritakan.Ini hakikat yang perlu diterima oleh remaja-remaja sekarang agar kamu membina jadi diri kamu,menfaatkan zaman remaja kamu yang memberi impak yang positif kepada kehidupan selepas zaman remaja.

Sebagai contoh binalah zaman remaja kamu dengan usrah.Tidak tahu usrah itu apa?Masuk ke tajuk usrah yang saya sediakan.Sesungguhnya dengan usrah juga mewujudkan kita satu cinta,bahagia dan kasih sayang yang tidak terhingga dalam mengenali sahabat kita.Manfaatkan cinta remajamu dengan sebaik mungkin dengan berusrah kerana usrah bukan sahaja membina cinta dan kasih sayang tapi membina jati diri untuk kita semua.Cinta usrah merupakan cinta yang paling bermakna dalam kehidupan remaja.Binalah cinta yang hakiki dalam diri kamu cintai lah Yang Maha Pencipta sebelum kamu mencintai yang diciptaNya kerana anugerah cintaNya memberi bahagia buat selama-lamanya.Jadilah zaman cinta remaja kamu kearah yang betul dan positif agar kamu lebih memahami erti kehidupan remaja.Remaja itu permata negara.Salam cinta buat semua.




Wednesday, 6 November 2013

AWAS!!!Hati-hati dengan PHD

Bila sebut sahaja penyakit ramai yang tidak ketahui bahawa ada penyakit yang amat berbahaya jika dijangkiti penyakit ini.AWAS!!!Jika anda salah seorang yang dijangkiti.Apakah penyakit tersebut?Penyakit ini ramai yang tidak tahu bahawa terlalu bahayanya untuk diri,adakah anda salah seorangnya  iaitu Penyakit Hasad Dengki atau lebih ringkasnya PHD.Kenapa bahaya penyakit ini?Jika anda mengalami penyakit deman denggi dan kanser ada tempat untuk dirujuk akan tetapi PHD tiada tempat untuk dirawat.Walaupun penyakit ini merupakan penyakit yang berbahaya,namun penyakit inilah sukar untuk dibasmi.Akan tetapi jika kita mengetahui cara untuk mengatasi nescaya penyakit ini dapat dibasmi.

Sebelum kita mengetahui cara untuk mengatasi ketahui dahulu punca dan sebab penyakit ini.Punca yang seseorang itu mengalami penyakit hasad dengki disebabkan sikap yang tidak boleh melihat orang lain lebih, mugkin juga disebabkan faktor yang tidak dapat menerima kekalahan menjadi punca utama dijangkiti PHD.Misalnya kamu sememangnya telah dikenali seorang yang bijak dan pandai.Namun kehadiran orang baru di tempat kerja kamu telah mengubah segala-galanya.Dia lebih bijak dari kamu dan mendapat pujian dari ketua.Sikit demi sedikit perasaan hasad dengki mula menguasai kamu.

Bagaimana untuk kita mengatasi masalah penyakit hasad dengki ini:

1.Berdoa
Paling utama adalah kita sentiasa berdoa kepada Allah memohon supaya penyakit ini dijauhi dan berusaha tekad untuk membuang penyakit dan jauhkan dalam diri.Sesungguhnya setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati.

2.Tanam sikap adanya kebaikan dan kelemahan
Bagi megikis penyakit hasad dengki kamu harus sentiasa berpegangan dengan satu prinsip iaitu setiap manusia itu ada kelemahan dan kebaikan.Jadikan kebaikan sebagai ukuran dan jadikan kelemahan sebagai cabaran.

3.Berkongsi suka dan duka
Setiap kali orang yang kamu dengki mendapat kejayaan sila ucapkan tahniah kepadanya dan tunjukkan perasaan gembira kamu kepadanya.Sebaliknya jika dia menghadapi kesusahan berkongsilah duka bersama-sama.Tidakkah Islam itu bersaudara.

4.Menziarahi
Cubalah berbaik-baik dengannya.Cara yang paling baik adalah menziarahinya disamping sentiasa memberi hadiah dan buah tangan.Tidakkah ini mewujudkan kasih sayang antara satu sama lain.

Ingatlah selalu janji Allah SWT, "Dan mereka yang berrnujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu." (Al Ankabut: 69)

Tuesday, 5 November 2013

MUKADIMAH


SEGALA puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.Semoga selawat dan salam terlimpahkan kepada Nabi Muhammad SAW,keluarga,sahabat dan seluruh orang yang memperjuangkan syariatnya sampai hari kiamat.
 
Dengan rasa syukur yang tidak terhingga berkat taufik dan hidayah-Nya,akhirnya kita dapat bersama-sama bertemu di saat ini semata-mata kerana Allah SWT.Dalam mencari hidayah dan pertunjuk dari-Nya terlalu banyak cabaran yang dihadapi,akan tetapi dengan kekuatan keimanan pada diri inyaAllah cabaran ini hanyalah satu titik permulaan dalam mengingkatkan tarbiah dalam diri.
 
Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih bagi sesiapa sahaja yang berjaya untuk bersama MR.BLOG2U.Sebuah blog yang dapat memberi banyak makna tersirat bagi kita agar kita lebih memahami dan menghayai erti kehidupan ini disamping mendapatkan segala maklumat dan infomasi yang diinginkan.
 
Jadikan blog ini salah satu tempat dalam google search harian anda.
 Manfaatkan segala ilmu yang ada kerana orang yang kaya buka datang dari hartanya,kereta mewahnya, ataupun rumahnya akan tetapi orang yang betul-betul kaya adalah orang yang berilmu.Sesungguhnya ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah...

SELAMAT DATANG KE BLOG INI....

DATANG LAGI YEA!!!!