photo kesombongan_zps1d844d64.jpg

 photo jalanyanglurus_zps09385af3.jpg

 photo motivasi_zpsb4dbf9eb.png

 photo berkatabaik_zps638ccfe2.jpg

 photo 578637_561666523872987_522259280_n_zps6b6404eb.jpg

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, 26 April 2014

TIPS HILANGKAN GEMURUH KETIKA BERUCAP



Tips hilangkan gemuruh sama-sama kita kongsi kepada orang lain.Tips ini dikongsikan oleh pensyarah saya dalam mendidik anak didiknya untuk tidak gemuruh ketika melakukan pengucapan awam bagi membentangkan hasil kajian ilmiah.Kongsikan kepada yang lain agar sama-sama ada keyakinan dalam diri untuk berucap di hadapan orang lain.

Bahagian 1
Masalah gemuruh atasinya dengan konsep law( undang-undang ) di mana Everything Is Energy.
- Melakukan sedikit senaman ( Exercise )
- Mempunyai latihan yang cukup (Traning )
- Latihan dengan rakan-rakan.

Lihat dan fahami video ini
http://www.youtube.com/watch?v=6FJ1EUD2YS0

Bahagian 2
- Bina template ( Struktur percakapan )
Cth...
Permulaan
1.....................................................................................
2.....................................................................................
3.....................................................................................dan seterusnya..............akhir.

- Pratice template tersebut.
- Yakin pada diri iaitu main psikologi dengan menyebut  (speak with heart )
          # aku blh buat
          # i am powerful presentation

Lihat dan dengar video ini
http://www.youtube.com/watch?v=SHAPb-KtNnY

Hakikatnya banyak cara untuk kita hilangkan gemuruh dan salah satunya daripada teknik di atas.Semoga ilmu bermanfaat !!!.

Hikmah Bacaan Duduk di Antara Dua Sujud...


Assalamualikum w.b.t...Sudah lama saya tidak berkongsi ilmu kepada saudara-saudari,hanya untuk mencari redha Allah S.W.T apatah sangat ilmu saya dibandingkan dengan insan di luar sana.Dalam mencari keberkatan dariNya demi memertabatkan dakwah Islam yang mana mudah-mudahan di jauhi kita dari azabNya.Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan saudara-saudari sekalian tentang hikmah bacaan diantara dua sujud yang mana masih ramai lagi tidak mengedari dan memahami lebih mendalam makna dan kelebihan doa diantara dua sujud yang amat dahsyat sehingga kita menyabaikannya di dalam solat tanpa memahami yang sebenarnya dengan hanya menyebut di bibir tetapi tidak dihayati di dalam hati kita.

Oleh yang demikian,ruangkan sedikit masa untuk kita menghayati dan memahami bacaan di antara dua sujud yang mana sedikit sebanyak mudah-mudahan dapat sedikit ilmu apa yang saya kongsikan.

Robbighfirlii warhamnii wajburnii warfa'nii warzuqnii wahdinii wa'afinii wa'fu 'anii

Robbighfirlii ( Tuhanku ampunilah bagiku )
Allah itu Maha Pengampun.Jika doa bacaan ini dibaca dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas insya Allah Allah akan mengampunkan dosa kita yang lalu dan sentiasa dalam pengampunan Allah.Hati yang sentiasa berdoa memohon keampunan Allah  akan bersinar dan mudah mendapat dan menerima hidayah serta petunjuk Allah.Manakala hati yang kotor adalah hati yang sentiasa dalam dosa tanpa memohon keampunan Allah.Kita adalah insan biasa yang sentiasa melakukan dosa kepada Allah tetapi hakikat yang perlu kita ketahui bahawa Allah itu Maha Pengampun kepada hambaNya.Hati yang kotor lebih cenderung mengikut bisikan syaitan yang membawa kepada hawa nafsu.

Warhamnii ( Rahmatilah aku )
Sekiranyanya kita membacanya dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh insya Allah akan dibukakan Allah baginya pintu rahmat dari langit dan bumi.Ia akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah dari sengenap penjuru dan dilindungi darinya segala kesulitan.Mudah-mudahan hidupnya bahagia dan dilindungi Allah segala bencana dan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Wajburnii (Tutupi segala aib dan keburukanku )
Orang yang membaca doa bacaan ini dengan khusyuk dan menghayatinya insya Allah akan ditutup Allah baginya segala aib,keburukan dan kekurangan dirinya.Hakikat yang perlu diketahui bahawa diri kita mempunyai banyak keburukan dan kelemahan yang ada dan kita takut jika aib dan kelemahan kita diketahui oleh orang lain.Insya Allah dengan kita berdoa pada Allah,Allah akan melindungi aib kita.

Warfa'ni ( Angkatlah derajatku )
Orang yang sentiasa memahami dan bersungguh-sungguh membacanya akan diangkat darjatnya insya Allah.

Warzukni ( Berilah aku rezeki )
Rezeki itu milik Allah.Allah akan melimpahkan rezekiNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Sekiranya kita membaca dengan khusyuk nescaya tidak terlepas untuk kita memperoleh rezeki dariNya insya Allah.Sesungguhnya rezeki yang ada dari langit,bumi dan segenap penjuru itu milik Allah dan sebagai manusia adalah perlu kita berusaha mencarinya.Mudah-mudahan dengan kita menghayatinya Allah permudahkan untuk kita memperoleh rezekiNya.

Wahdini ( Berikan aku petunjuk )
Hidayah dan petunjuk adalah datangnya dari Allah.Sekiranya kita membacanya dengan memahami dan ikhlas dalam segala urusan insya Allah dipermudahkan olehnya urusan dunia dan setiap masalah yang dihadapinya dapat ditangani dengan baik.Sebagai manusia kita jangan putus asa dalam menghadapi pelbagai masalah.

Wa'afini ( Berikan aku kesihatan )
Nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah adalah sihat.Sekirangya kita sakit segala kerja buat dalam seharian kita akan terjejas.Sekiranyanya kita membaca dengan menhayatiya insya Allah diberi kesihatan baginya dan dipermudahkan segala tugas sehariannya.

Wa'fu anni (Maafkan aku )
Kita adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari dosa.Oleh yang demikian,janganlah kita sombong untuk merendah diri memohon keampunan dariNya.

Jika kita membacanya dengan begitu khusyuk dan bersungguh-sungguh insya Allah pasti Allah akan mengabulkannya,apatah lagi doa bacaan ini sentiasa dibaca sebanyak 17 kali sehari semalam.Maanfaatkannya dalam diri mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentiasa redha Allah.Insya Allah..

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya abaikan begitu sahaja. Dalam kita tidak sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi).
















Friday, 25 April 2014

Labakah Perniagaanku!!!

Assalamualikum,terima kasih kepada yang sudi memziarahi blog ini.Pada masi ini saya nak kogsikan tentang perniagaan.Satu sumber rezeki utama kepada kehidupan harian seseorang insan.Sesungguhnya 9/10 rezeki yang dikurniakan oleh Allah adalah dengan berniaga.Memang tidak dinafikan sehingga kini sudah ramai yang menceburi bidang perniagaan samaada perniagaan secara online mahupun offline.Ketahuilah Allah telah menyediakan rezeki-rezeki buat kamu sedangkan kamu tidak mengetahuinya.

Sudah tentu buat sesiapa sahaja yang menceburi bidang perniagaan matlamat utamanya adlah memperoleh keuntungan yang maksimum.Pembentukan dan perancangan strategi pemasaran yang berkesan memainkan peranan penting dalam memaksimumkan keuntungan.Tanpa kita sedari bahawa dalam kita berniaga satu keuntungan yang dapat memberi impak yang besar dalam diri kita termasuklah perniagaan yang dijalankan.Sesungguhnya perniagaan itu juga satu ibadah.Alangkah rugi rasanya jika para perniaga kehilangan keuntungan perniagaan yang telah mereka usahakan tanpa mereka sedari bahawa keuntungannya terlalu tinggi di sisi Allah.

Sesungguhnya solatku,ibadahku hidup dan matiku hanyalah semata-mata kerana Allah.Berjual belilah benda yang halal,disamping menjauhi riba.Janganlah disebabkan perniagaan dan kerjaya seseorang itu menyebabkan hati kita lalai sehingga ia terpedaya dengan kemewahan dunia dan melalaikan akhirat.Kehidupan di akhirat itulah yang berkekalan.Jadi untuk menjadi seorang perniagaan carilah keuntungan di dunia dan akhirat.Jazaakallaahu khairul jazaa......